SELAMAT DATANG

TOPIK 3 : KETURUNAN DAN VARIASI





----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Latihan Pengukuhan


1.

                                                                             Rajah 1

Rajah 1 di atas menunjukkan pertukaran bahan genetik pada kromosom. Proses ini  berlaku di
      A   hati
      B   ginjal
      C   kulit
      D   ovari

2.

Rajah 2

Rajah 2 di atas menunjukkan persenyawaan antara satu ovum yang normal dengan satu sperma yang mempunyai 22 kromosom. Antara berikut, yang manakah mungkin  dialami oleh bayi yang berkembang daripada zigot itu ?

      A   Matanya berwarna merah muda
      B   Kerencatan ciri-ciri seks sekunder
      C   Darahnya lambat membeku
      D   Hemoglobinnya tidak cekap membawa oksigen

3. Seekor seladang dikacuk dengan seekor lembu. Diketahui bahawa bilangan kromosom dalam sel soma bagi seladang dan lembu masing-masing ialah 56 dan  60. Berapakah bilangan kromosom pada sel gamet anak hasil daripada kacukan tersebut ?
      A   29=
      B    30
      C   58
      D   116

4.

   W   – Kromosom tersusun di pusat sel
   X   – Kromatid-kromatid terpisah
   Y   – Kromosom melakukan proses penduaan
   Z    – Kromosom menebal

W, X, Y, dan Z di atas menunjukkan peringkat-peringkat mitosis. Antara berikut, yang manakah   menunjukkan turutan yang betul ?
      A   X, W, Z, Y
      B   Y, Z, X, W
      C   W, Z, Y, X
      D   Z, Y, W, X


5.

Rajah 3
Rajah 3 di atas menunjukkan peringkat-peringkat pembentukan bayi. Antara berikut, yang manakah mewakili proses X dan Y ?


X
Y
A
Mitosis
Meiosis
B
Meiosis
Mitosis
C
Persenyawaan
Mitosis
D
Pindah silang
Persenyawaan


6. Antara penyakit baka berikut, yang manakah disebabkan oleh mutasi gen ?
      A   Sindrom Turner
      B   Sindrom Klinefelter
      C   Mongolisme
      D   Hemofilia

7. Kandungan kromosom bagi seorang perempuan mongoloid ialah
      A   44 + XX
      B   44 + XY
      C   45 + XX
      D   45 + XY

8.  100  ekor bari-bari betina bersayap panjang dikacukkan dengan 100 ekor bari-bari jantan bersayap       saki. Anak generasi pertama didapati semua bersayap panjang. Apabila anak bari-bari ini
      dikacukkan antara satu sama lain, 100 ekor bari-bari dihasilkan dalam generasi kedua. Generasi
      kedua ini terdiri daripada

      A   100% ekor bersayap panjang
      B   100% ekor bersayap saki
      C   75% ekor bersayap panjang
      D   75% ekor bersayap saki

9. Anak lelaki mewarisi kromosom Y daripada
      A   bapanya
      B   datuknya
      C   ibunya
      D   ibu dan bapa  

10.  
          Rajah 4

      Rajah 4 menunjukkan graf taburan normal bagi satu sifat manusia. Sifat yang paling    
      mungkin digambarkan oleh graf tersebut ialah
        A   berat badan
        B   warna iris
        C   jenis cap jari
        D   kumpulan darah

11.
Rajah 5

            Rajah 5 di atas menunjukkan pergerakan kromosom ke kutub-kutub yang bertentangan dalam sel.
            Langkah di atas berlaku semasa proses
             A   mitosis
             B   meiosis
             C   persenyawaan
             D   pindah silang

12. Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang mutasi ?
       A   Hanya berlaku pada kromosom sahaja
       B   Jarang berlaku
       C   Boleh disebabkan oleh pendedahan kepada sinar radioaktif
       D   Boleh mengakibatkan penyakit kanser

13. Penyakit hemofilia dan buta warna adalah disebabkan oleh
        A   gen resesif dalam kromosom  X
        B   gen resesif dalam kromosom Y
         gen dominan dalam kromosom X
        D   gen dominan dalam kromosom Y 


14. Kumpulan darah manusia merupakan sejenis variasi yang
        A  diperturunkan daripada bapa kepada anak
        B  diperturunkan daripada ibu kepada anak
        C  boleh dipengaruhi oleh persekitaran
        D  dikawal oleh pewarisan genetik sahaja

15. Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang mitosis ?
       A   Sel anak mempunyai bilangan kromosom yang sama dengan sel induk
       B    Ia berlaku di dalam haiwan sahaja
       C  Ia berlaku semasa pertumbuhan zigot
       D  Satu sel induk menghasilkan dua sel anak

16. Antara penyakit berikut, yang manakah bukan diakibatkan oleh mutasi gen ?
       A   Sindrom Down
       B   Albino
       C   Anemia sel sabit
       D   Kanser

17. Sepasang suami isteri yang tidak buta warna melahirkan seorang anak lelaki yang buta warna. 
      ini bermakna
       A  isteri mempunyai satu gen resesif bagi buta warna dalam sel somanya
       B  isteri mempunyai dua gen resesif bagi buta warna dalam sel somanya
       C  suami mempunyai satu gen resesif bagi buta warna dalam sel somanya
       D  suami mempunyai dua gen resesif bagi  buta warna dalam sel somanya

18. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar tentang mitosis?
        A Mitosis menghasilkan dua sel anak
        Mitosis menghasilkan sel untuk pertumbuhan
        C Sel anak menyerupai sel induk
        D Nukleus membahagi dua kali

19. Antara sifat berikut, yang manakah dipengaruhi oleh faktor persekitaran
        A   Warna kulit
        B   Kumpulan darah
        Jenis cap ibu jari
        D   Kebolehan menggulung lidah
20. Antara berikut, yang manakah merupakan sifat-sifat resesif yang wujud pada manusia ?
         I  Polidaktil
        II Rambut lurus
      III  Boleh menggulung lidah
        A   I sahaja
        B   III sahaja
        C   I dan II sahaja
        D   I, II, dan III
      21. Satu pokok kacang pea putih tulen dikacuk dengan satu pokok kacang pea merah hibrid.
            Diketahui bahawa gen merah adalah gen dominan. Didapati pokok kacang pea yang dihasilkan
          I   50% adalah baka tulen resesif
        II   25% berbunga merah
        II   semua pokok dengan bunga merah adalah hibrid
            A   III sahaja
            B   I dan II sahaja
            C   I dan III sahaja
            D   I, II, dan III

22.  Pokok kacang jenis tinggi dikacukkan dengan pokok kacang jenis rendah. Anak-anak generasi   
           pertama kesemuanya bersifat  tinggi. Ini bermakna
           I    gen untuk sifat tinggi adalah dominan
          II   pokok kacang jenis tinggi mempunyai dua gen dominan dalam sel somanya
         III  pokok kacang jenis rendah mempunyai satu gen dominan dalam sel somanya
            A   I sahaja
            B   III sahaja
            C   I dan II sahaja
            D   I, II, dan III
23 Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan meiosis dalam suatu spesies ?
         I   Menghasilkan variasi genetik
        II  Meneruskan zuriat
       III  Menggantikan sel-sel yang mati
            A  I sahaja
            B  III sahaja
            C  I dan II sahaja
            D  I, II, dan III
24. Antara berikut, yang manakah hasil penyelidikan genetik dalam pertanian di Malaysia ?
         I     Pokok getah Pohon Tunggal Teras
        II    Selembu
        III   Kelapa sawit Tenera
            A         I sahaja
            B          I dan II sahaja
            C         I dan III sahaja
            D         I, II, dan III
25. Antara berikut, yang manakah variasi selanjar yang terdapat pada manusia ?
         I    Lebar bahu
        II   Warna kulit
      III   Kumpulan darah
             A   I sahaja
             B   III sahaja
             C   I dan II sahaja
             D   I, II, dan III
26. Antara berikut, yang manakah menunjukkan kandungan kromosom ovum manusia ?
         I   22 + X
        II   22 + Y
      III   22 + XY
            A  I sahaja
            B  III sahaja
            C  I dan II sahaja
            D  II dan III sahaja
27.  Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan pengklonan ?
         I    Merupakan hasil kacukan daripada dua induk
        II    Pokok yang mempunyai ciri-ciri yang baik dapat dipilih sebagai klon
        III   Melibatkan pembiakan vegetatif
              A  I sahaja
              B  III sahaja
              C  I dan II sahaja
              D  II dan III sahaja
28.  Antara berikut, yang manakah akan menentukan jantina seseorang ?
         I  Kromosom seks ovum
        II Kromosom seks sperma
       III Bilangan kromosom seks yang diterima
               A  I sahaja
               B  II sahaja
               C  I dan II sahaja
               D  II dan III sahaja

1 comments:

HHM said...

Jawapan Latihan Pengukuhan:

1. D 2. B 3. A 4. D 5. C 6. D 7. C
8. C 9. A 10. A 11. B 12. A 13. A 14. D
15. B 16. A 17. A 18. D 19. A 20. B 21. C
22. C 23. C 24. D 25. C 26. A 27. D 28. B

Post a Comment