SELAMAT DATANG

TOPIK 3 : KETURUNAN DAN VARIASI





----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepentingan Penyelidikan Genetik kepada Semua


Terdapat 3 faedah penyelidikan genetik.

Pengklonan ialah teknik menghasilkan organisma yang serupa dengan induk. Pengetahuan mengenai pengklonan penting. Kita boleh menghasilkan haiwan ternakan yang mempunyai kualiti yang sama. Kita telah mengetahui tentang akibat buruk mutasi. Dengan adanya penyelidikan genetik, kita boleh mengetahui pelbagai sebab penyakit baka dan seterusnya boleh mengatasinya.
Tahukah anda bahawa terdapat beberapa ubat dihasilkan dari kulat dan bakteria?. Kulat dan bakteria ini telah diubah kandungan gennya supaya bolehmenghasilkan ubat (antibiotik). Dalam bidang pertanian, pembiakbakaan bertujuan menghasilkan baka (tumbuhan atau haiwan) yang baik.

Ciri baka yang baik ialah :-
  1. tahan penyakit
  2. boleh menyesuaikan diri kepada persekitaran
  3. mengeluarkan hasil banyak
  4. hasil yang lebih enak
  5. masa matang yang pendek